brand jam tangan lelaki

7 Brand Jam Tangan Lelaki Bawah RM700 | 100% Original (2025)

Jam tangan bukan sekadar aksesori, tetapi juga simbol gaya dan keperibadian. Bagi lelaki yang ingin tampil maskulin dan bergaya tanpa perlu berbelanja besar, terdapat banyak pilihan brand jam tangan lelaki berkualiti tinggi bawah RM700.

Artikel ini akan membincangkan perbezaan jam tangan lelaki dan perempuan, ciri-ciri jam berkualiti, serta tujuh brand terbaik yang patut anda pertimbangkan.

Baca : 3 Jam Fossil Lelaki Original Terkini (Edisi 2025)

 

brand jam tangan lelaki

 

"Tahukah anda, jam tangan mekanikal boleh diwariskan kepada generasi selepas anda. Tidak seperti jam tangan quartz yang bergantung kepada bateri, jam tangan mekanikal mampu bertahan minimum 100 tahun dengan penjagaan rapi." 

 

Perbezaan Jam Tangan Lelaki & Perempuan

Secara umum, jam tangan lelaki direka dengan bentuk yang lebih besar dan maskulin. Beberapa perbezaan utama termasuk : 

brand jam tangan lelaki

 

1. Saiz & Diameter

Jam tangan lelaki biasanya mempunyai diameter 40mm ke atas, manakala jam perempuan lebih kecil, sekitar 34mm hingga 38mm.

2. Ketebalan & Berat

Jam lelaki lebih tebal dan berat kerana saiz case dan material yang digunakan.

3. Rekaan & Warna

Warna jam lelaki lebih neutral seperti hitam, perak, kelabu, atau biru gelap, berbanding jam perempuan yang lebih feminin dengan warna emas, merah jambu, atau putih.

4. Fungsi & Mekanisme

Jam lelaki sering dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti kronograf, tachymeter, atau smartwatch features.

Ciri-Ciri Jam Tangan Branded Berkualiti

Tidak semua jam tangan mempunyai kualiti yang sama. Berikut adalah ciri-ciri jam tangan branded yang berkualiti :

i. Material Premium

Dibuat daripada stainless steel, titanium, atau seramik untuk ketahanan lebih lama.

ii. Pergerakan Mekanisme Berkualiti

Menggunakan quartz atau automatic movement untuk ketepatan masa yang tinggi.

iii. Ketahanan Air

Kebanyakan jam tangan branded mampu menahan air sehingga 50M atau lebih, sesuai untuk kegunaan harian.

iv. Kaca Anti-Calar

Dilengkapi dengan kaca mineral atau sapphire crystal untuk perlindungan daripada calar.

v. Reputasi Jenama

Dipercayai ramai dan mempunyai sejarah panjang dalam industri jam tangan.


7 Brand Jam Tangan Lelaki Bawah RM700

Berikut adalah 7 jenama jam tangan lelaki berkualiti tinggi yang boleh didapati di Malaysia dengan harga bawah RM700.

1. Fossil

 

brand jam tangan lelaki

Rekaan klasik dengan gabungan moden, Fossil menawarkan jam tangan lelaki berkualiti dengan case stainless steel dan tali kulit asli. Pilihan terbaik untuk gaya kasual dan profesional.

Lihat Koleksi Fossil Di Sini

2. Police

 

brand jam tangan lelaki

Brand ini terkenal dengan jam tangan yang mempunyai gaya edgy dan futuristik. Sesuai untuk lelaki yang mahukan penampilan berani dan unik.

Lihat Koleksi Police Di Sini

 

3. Esprit

 

brand jam tangan lelaki

Jam tangan Esprit menampilkan rekaan elegan dan minimalis, sesuai untuk mereka yang menggemari gaya smart casual.

Lihat Koleksi Esprit Di Sini

4. G-Shock

 

brand jam tangan lelaki

Dikenali dengan ketahanan ekstrem, jam tangan G-Shock sangat sesuai untuk aktiviti lasak dan sukan.

Lihat Koleksi G-Shock Di Sini

5. Nixon

 

brand jam tangan lelaki

Nixon menawarkan jam tangan sporty dengan rekaan stylish. Dilengkapi dengan mekanisme yang tahan lama serta ketahanan air yang baik.

Lihat Koleksi Nixon Di Sini

6. Timex

 

brand jam tangan lelaki

Timex terkenal dengan ketepatan waktu dan rekaan klasik. Kebanyakan modelnya mempunyai lampu Indiglo yang memudahkan bacaan waktu dalam gelap.

7. Emporio Armani

 

brand jam tangan lelaki

Walaupun terkenal dengan jenama mewah, terdapat model Emporio Armani yang boleh didapati di bawah RM700. Jam tangan ini menawarkan gabungan fesyen dan ketahanan yang hebat.

Lihat Koleksi Emporio Armani Di Sini

Beli Brand Jam Tangan Lelaki

Sekarang anda sudah tahu brand terbaik, berikut adalah beberapa tip untuk membeli jam tangan original dengan harga terbaik :

📌 Asli Butik

Beli dari butik rasmi atau pengedar sah untuk memastikan keaslian produk.

💰 50% Diskaun

Pantau promosi dan diskaun khas yang ditawarkan di kedai online seperti Lazada, Shopee, atau butik rasmi.

100% Original

Pastikan jam yang dibeli mempunyai sijil ketulenan dan logo jenama yang terukir dengan sempurna.

🛡 Waranti 30 Hari

Jam tangan original biasanya didatangkan dengan waranti sekurang-kurangnya 30 hari hingga beberapa tahun.

🚚 Shipping Seluruh Malaysia

Pastikan kedai yang dipilih menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia dengan jaminan pulangan jika terdapat kecacatan.

Baca : 9 Jenama Jam Tangan Lelaki Terbaik Bawah RM5,000 (2025)

Beli Jam Tangan Lelaki Di Fashrevo

Jika anda mencari jenama jan tangan lelaki mewah yang original dan terkini, anda boleh beli di butik Fashrevo di Kota Damansara atau Bandar Baru Bangi atau beli secara online di website kami. Semua jam tangan lelaki adalah original 100% dari butik di USA dan mempunyai waranti 30 hari.

Jam tangan lelaki adalah satu-satunya aksesori utama seorang lelaki yang bercakap secara tidak langsung akan keperibadian dan identiti anda. Pastikan anda melabur pada jam yang original dan pada brand yang tepat.

 

 

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.