tory burch bag malaysia

9 Tory Burch Bag di Malaysia Dari RM531 (100% Original)

Mencari Tory Burch bags Malaysia yang asli dengan harga terbaik? Anda berada di tempat yang betul! Ramai pencinta fesyen menghadapi dilema dalam memilih bag Tory Burch original yang sesuai dengan gaya mereka tanpa berbelanja lebih.

Masalah utama yang sering dihadapi ialah perbezaan antara beg original dan tiruan. Ada yang membeli dari sumber tidak sah dan akhirnya kecewa kerana mendapat beg palsu dengan kualiti rendah.

 

tory burch bag malaysia

 

Selain itu, faktor harga juga memainkan peranan penting—ada yang murah tetapi diragui keasliannya, ada pula yang lebih mahal tetapi tahan lama dan eksklusif.

"Jenama Tory Burch mendapat spotlight yang besar pada tahun 2005 apabila Oprah Winfrey menampilkan koleksi Tory Burch. Sejak itu, brand itu menjadi terkenal."

Untuk mengelakkan kesilapan dalam pembelian, baca artikel ini sehingga habis kerana kami akan kongsikan 9 model Tory Burch bags terbaik di Malaysia tahun 2025.

Jangan lupa bookmark artikel ini untuk rujukan masa depan kerana Fashrevo telah menjadi peneraju dalam mengimport jenama mewah dari USA ke Malaysia sejak 2019.


Sejarah Bag Tory Burch

Tory Burch memulakan jenamanya pada tahun 2004 di New York, USA, dengan matlamat untuk mencipta fesyen yang mewah tetapi masih mampu dimiliki oleh ramai. Dalam tempoh yang singkat, Tory Burch telah menjadi salah satu jenama fesyen paling dikenali di dunia, terkenal dengan reka bentuk klasik dan elemen bohemian-chic yang unik.

 

tory burch bag malaysia

 

Reka bentuk produk Tory Burch diinspirasikan dari gaya hidup ibu bapanya Reva dan Buddy yang glamour dan kaki travel yang mementingkan vintage, elegan dan fesyen yang praktikal.

Beg tangan Tory Burch direka dengan kualiti premium dan sentuhan moden, menjadikannya pilihan utama wanita yang mahukan gaya elegan dan versatil.

Pada tahun 2009, pengasas Tory Burch telah mengasaskan Tory Burch Foundation sebagai satu usaha menyokong suri wanita dan usahawan di kalangan wanita dengan menyediakan modul, program mentor dan bantuan kewangan.

Kelebihan Bag Tory Burch

1. Reka Bentuk Ikonik

Setiap koleksi Tory Burch menampilkan monogram ‘T’ yang eksklusif, mencerminkan kemewahan dan keanggunan.

2. Material Berkualiti Tinggi

Dibuat daripada kulit asli, kanvas premium dan bahan berkualiti tinggi, setiap beg Tory Burch tahan lama dan sesuai untuk penggunaan harian.

3. Versatil & Praktikal

Sama ada untuk kegunaan harian, majlis formal atau percutian, beg ini direka agar mudah dipadankan dengan pelbagai gaya.

4. Pelaburan Fesyen yang Berbaloi

Disebabkan permintaan yang tinggi, nilai jualan semula beg Tory Burch masih tinggi, menjadikannya pelaburan yang menguntungkan.

5. Koleksi yang Sentiasa Trending

Setiap musim, Tory Burch memperkenalkan koleksi baharu yang mengikut arus fesyen global.

6. Ringan & Mudah Dibawa

Berbanding jenama mewah lain, beg Tory Burch direka dengan berat yang lebih ringan tetapi masih mengekalkan struktur dan ketahanannya.

7. Jaminan Keaslian & Kualiti

Beg original datang dengan waranti rasmi dan dijual oleh butik atau reseller yang sah.


Bag Tory Burch Original vs Tiruan

Tidak semua Tory Burch bags Malaysia yang dijual adalah asli. Berikut adalah perbezaan utama antara beg original dan tiruan : 

✅ Material berkualiti tinggi seperti kulit asli yang tahan lama.

✅ Berat yang lebih solid kerana menggunakan bahan premium.

✅ Datang dengan dust bag dan packaging rasmi Tory Burch.

✅ Logo Tory Burch yang terukir dengan sempurna pada setiap beg asli.

❌ Tiada waranti rasmi atau kad keaslian.

❌ Material beg tiruan sering terasa lebih ringan dan mudah lusuh.

❌ Beg tiruan biasanya mempunyai logo yang tidak kemas dan cetakan kurang jelas.


9 Tory Burch Bag di Malaysia

1. Emerson Flap Adjustable

 

tory burch bag malaysia

 

Reka Bentuk: Reka bentuk klasik dengan penutup flap yang memberikan sentuhan elegan dan kemasan logo Tory Burch yang ikonik.
Material: Diperbuat daripada kulit saffiano berkualiti tinggi yang tahan calar dan tahan lama.
Kualiti: Jahitan kemas dan perincian premium, memastikan beg ini kekal dalam keadaan baik untuk jangka masa panjang.
Kegunaan: Sesuai untuk kegunaan harian, sama ada untuk ke pejabat, makan malam, atau bersiar-siar.
Kesesuaian: Dengan tali laras, anda boleh memakainya sebagai beg bahu atau crossbody mengikut keselesaan.
Harga: Bermula sekitar RM1,200, menjadikannya pelaburan berbaloi bagi mereka yang menghargai gaya dan fungsi.


2. Willa Crossbody Glazed

 

tory burch bag malaysia


Reka Bentuk: Rekaan feminin dengan sentuhan mewah, sesuai untuk mereka yang suka tampil anggun.
Material: Kulit paten berkualiti tinggi dengan kemasan berkilat yang menjadikan beg ini tahan lasak dan mudah dibersihkan.
Kualiti: Struktur kukuh dengan jahitan kemas dan penutup magnetik yang selamat.
Kegunaan: Sesuai untuk majlis formal atau acara kasual, memberi aura sofistikated pada pemiliknya.
Kesesuaian: Datang dalam pelbagai warna lembut seperti nude, pink, dan beige yang mudah dipadankan dengan apa sahaja outfit.
Harga: Bermula dari RM1,500, sepadan dengan reka bentuk mewah dan bahan berkualiti tinggi.


3. Emerson Bucket Bag


tory burch bag malaysia

 

Reka Bentuk: Siluet bucket bag yang moden dan versatil, menampilkan gaya yang praktikal tetapi tetap elegan.
Material: Kulit saffiano tahan lama yang kalis air dan mudah dijaga.
Kualiti: Dilengkapi dengan lining dalaman premium serta zip tahan lasak untuk keselamatan tambahan.
Kegunaan: Ruang dalaman luas sesuai untuk wanita yang perlu membawa banyak barang seperti dompet, telefon, dan alat solek.
Kesesuaian: Sesuai untuk kegunaan seharian, sama ada ke pejabat atau bersiar-siar.
Harga: Berharga sekitar RM1,300, menjadikannya pilihan praktikal untuk mereka yang mahukan beg yang bergaya dan berfungsi.


4. Emerson Mini Tote Bag

 

tory burch bag malaysia


Reka Bentuk: Minimalis tetapi berkelas, dengan pegangan pendek dan tali panjang yang boleh ditanggalkan.
Material: Kulit saffiano tahan calar dengan kemasan matte yang anggun.
Kualiti: Struktur kukuh memastikan beg ini tidak mudah kemek atau kehilangan bentuknya.
Kegunaan: Sesuai untuk yang hanya membawa barang keperluan asas seperti telefon, dompet kecil, dan lipstik.
Kesesuaian: Ideal untuk mereka yang suka gaya simple tetapi tetap bergaya dalam acara kasual atau formal.
Harga: Dalam lingkungan RM1,000, menjadikannya antara pilihan terbaik untuk first-time buyer Tory Burch.


5. Thea Satchel Bag

 

tory burch bag malaysia


Reka Bentuk: Bergaya dengan siluet structured satchel yang memberikan imej profesional dan sofistikated.
Material: Kulit premium yang lembut tetapi tahan lama, dengan logo embos Tory Burch untuk sentuhan eksklusif.
Kualiti: Jahitan kemas dan zip berkualiti tinggi yang tidak mudah rosak.
Kegunaan: Ruang dalamannya  luas sesuai untuk wanita berkerjaya membawa laptop dan buku
Kesesuaian: Ideal untuk yang mencari beg tangan serbaguna yang boleh dipakai ke pejabat /  acara formal.
Harga: Sekitar RM1,700, satu pelaburan berbaloi untuk beg premium dengan rekaan klasik.


6. Emerson Crossbody Bag

 

tory burch bag malaysia


Reka Bentuk: Moden dan sleek dengan logo Tory Burch yang timbul untuk sentuhan eksklusif.
Material: Kulit saffiano tahan calar dengan tali rantai metalik yang memberi elemen kemewahan.
Kualiti: Dihasilkan dengan standard tinggi, memastikan ketahanan dalam penggunaan jangka panjang.
Kegunaan: Saiz yang compact tetapi cukup untuk membawa keperluan asas seperti telefon dan kad.
Kesesuaian: Sesuai untuk yang mahukan beg praktikal untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan gaya.
Harga: Bermula dari RM1,250, menawarkan keseimbangan kualiti dan nilai estetika.


7. Ella Crossbody Mini Tote Bag

 

tory burch bag malaysia


Reka Bentuk: Rekaan minimalis tetapi berfungsi penuh, dengan pegangan tangan dan tali silang.
Material: Diperbuat daripada kanvas tahan lasak dengan logo Tory Burch yang bold.
Kualiti: Struktur ringan tetapi kukuh, menjadikannya pilihan sempurna untuk mereka yang mahukan beg mudah dibawa.
Kegunaan: Ideal untuk mereka yang sering bergerak dan memerlukan beg kecil tetapi cukup luas untuk barang keperluan.
Kesesuaian: Sesuai untuk gaya kasual atau smart casual.
Harga: Sekitar RM900, pilihan berbaloi bagi mereka yang mencari beg Tory Burch pada harga mampu milik.


8. Emerson Top Handle Crossbody Bag

 

tory burch bag malaysia


Reka Bentuk: gaya klasik dengan sentuhan moden, menawarkan dua cara pemakaian – pegangan tangan atau tali silang.
Material: Kulit saffiano berkualiti tinggi yang mengekalkan bentuk beg walaupun selepas penggunaan lama.
Kualiti: Dilengkapi dengan kancing magnetik dan zip keselamatan untuk memastikan barang di dalamnya selamat.
Kegunaan: Saiz sederhana yang sesuai untuk kegunaan seharian atau acara formal.
Kesesuaian: Pilihan tepat untuk mereka yang mahukan fleksibiliti dalam pemakaian beg.
Harga: Berharga sekitar RM1,500, menjadikannya pelaburan jangka panjang bagi pencinta fesyen.


9. Chelsea Pebbled Crossbody

 

tory burch bag malaysia

 

Reka Bentuk: Mempunyai tekstur kulit pebbled yang lembut dan berkelas dengan bentuk yang klasik.
Material: Kulit asli yang tahan lama dan semakin cantik dengan usia.
Kualiti: Kancing dan zip berkualiti tinggi memastikan beg ini kekal dalam keadaan terbaik.
Kegunaan: Selesa & cukup besar untuk membawa telefon, dompet, dan cermin mata hitam.
Kesesuaian: Sesuai untuk wanita yang menghargai keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Harga: Bermula sekitar RM1,400, nilai terbaik untuk beg kulit asli dengan rekaan timeless.


Beli Tory Burch Bag Original

Sekarang anda sudah tahu model terbaik, persoalan seterusnya adalah di mana tempat terbaik untuk beli Tory Burch bags original di Malaysia? Jawapannya ialah Fashrevo! Kenapa beli di Fashrevo? Ini jawapannya :

  1. Dijamin 100% original
  2. Jaminan waranti 30 hari
  3. Harga lebih murah (diskaun 10% - 50%)
  4. Ada butik rasmi di Kota Damansara & Bandar Baru Bangi
  5. Brand utama yang mengimport brand mewah dari US sejak tahun 2019

Kesimpulan

Membeli Tory Burch bags Malaysia bukan sahaja akan meningkatkan gaya anda, tetapi juga sebagai pelaburan fesyen yang bijak kerana Tory Burch bag mempunyai nilai resale value yang tinggi.

Pastikan anda membeli dari penjual yang dipercayai seperti Fashrevo agar anda mendapat harga terbaik dan jaminan waranti. Jangan lupa, bookmark artikel ini untuk rujukan masa depan!

 

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.