harga bag coach lelaki

Harga Bag Coach Lelaki di Malaysia Edisi 2025 (Dari RM650)

Sejak tahun 2021, trend rakyat Malaysia yang mencari harga bag Coach lelaki telah meningkat 82% selepas koleksi Pillow Tabby Bag tular di Tiktok. Apa yang lebih mengejutkan adalah, jumlah lelaki yang mencari bag Coach lelaki sebenarnya sama banyak dengan wanita!

 

harga bag coach lelaki

 

Dulu, beg sering dikaitkan dengan keperluan wanita, tetapi hari ini, lelaki Malaysia semakin sedar akan kepentingan memiliki bag yang bukan sahaja bergaya tetapi juga praktikal. Dari segi keyakinan diri, memiliki bag Coach asli mampu memberikan aura eksklusif dan kemewahan dalam penampilan seseorang.

Baca : 12 Jenis Bag Perempuan & 7 Fungsi Setiap Bag (Edisi 2025)


"Tahukah anda, bag Coach lelaki mula diperkenalkan pada tahun 2002 dengan tiga produk utama; briefcase, backpack dan messenger bag."


 

harga bag coach lelaki

 

Baca : 5 Sling Bag Coach Lelaki Paling Popular (Dari RM1,750)

 

Dalam dunia fesyen lelaki moden, aksesori memainkan peranan penting dalam mencipta gaya yang lebih matang dan berkelas. Salah satu aksesori yang semakin mendapat perhatian di Malaysia ialah bag lelaki daripada jenama Coach.

Tidak kira sama ada untuk ke tempat kerja, bersantai atau melancong, bag Coach lelaki direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup urban yang dinamik.

Sejarah Bag Coach

Coach, jenama fesyen mewah dari New York, ditubuhkan pada tahun 1941 sebagai pengeluar barangan kulit berkualiti tinggi. Bermula dengan koleksi beg tangan wanita, jenama ini telah berkembang ke dalam segmen fesyen lelaki dengan pelbagai koleksi beg yang menggabungkan reka bentuk klasik dan moden.

 

harga bag coach lelaki

 

Dengan reputasi kukuh dalam ketahanan dan keanggunan, bag Coach telah menjadi pilihan utama ramai peminat fesyen di seluruh dunia.

Adakah Bag Coach Sesuai Untuk Lelaki?

Jawapannya, ya! Coach bukan sahaja menghasilkan beg tangan wanita, tetapi juga mempunyai rangkaian luas untuk lelaki yang menekankan gaya, kepraktisan dan ketahanan.

 

harga bag coach lelaki

 

Koleksi beg Coach lelaki termasuk belt bag, messenger bag, crossbody bag, dan backpack yang direka dengan elemen maskulin. Ia sesuai digunakan untuk kegunaan harian, mesyuarat profesional, mahupun perjalanan.

Kelebihan Bag Coach Lelaki

1. Material Berkualiti Tinggi

Sejak tahun 1941 lagi, semua bag Coach lelaki diperbuat daripada kulit asli dan kanvas bersalut yang tahan lasak dan bergaya tidak seperti jenama bag lain. 

2. Design Bag Premium

Mustahil untuk anda jumpa bag dengan kombinasi design elemen klasik dan moden seperti Coach yangsesuai untuk lelaki. Khusus untuk yang menghargai nilai estetik pada sebuah bag.

3. Fungsi dan Kapasiti Praktikal

Bukan sekadar bag untuk bergaya sakan, bag Coach direka dengan ruang penyimpanan barang yang luas dengan susun atur ergonomik dan praktikal. Fungsi dan kapasiti pada bag Coach menjadi contoh kepada jenama bag lain di dunia. 

4. Tahan Lama

Bag Coach bukanlah bag yang akan rosak selepas 3 tahun - 5 tahun pemakaian. Hal ini kerana, jahitan luaran dan dalaman yang kemas menjadikan membeli bag Coach adalah satu pelaburan yang bijak. 

5. Resale Value Tinggi

Bag Coach dikenali di seluruh dunia kerana kualiti dan daya tahannya yang tinggi. Disebabkan itu, anda tidak mempunyai sebarang masalah jika ingin menjual semula bag Coach anda jika ingin upgrade saiz dan jenis bag kelak. 

Harga Bag Coach Lelaki

Elias Mini Belt Bag - Dari RM570

 

harga bag coach lelaki

 

Elias Mini Belt Bag direka untuk lelaki yang menginginkan aksesori ringkas tetapi bergaya. Diperbuat daripada material kulit asli dan fabrik berkualiti tinggi, ia menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan barang keperluan kecil seperti dompet dan telefon. Rekaan minimalis dan tali boleh laras menjadikannya sesuai untuk pelbagai gaya pemakaian.


Signature Houston 4009 - Dari RM680

 

harga bag coach lelaki

 

Beg silang ini dibuat daripada kanvas bersalut dengan logo Coach yang ikonik. Dilengkapi dengan tali laras, ia sesuai digunakan sebagai beg harian bagi lelaki yang aktif dan bergerak. Ruang penyimpanannya luas dan mempunyai beberapa poket tambahan untuk memastikan barang lebih tersusun.


Racer Crossbody Bag - Dari RM900

 

harga bag coach lelaki

 

Racer Crossbody Bag menampilkan rekaan moden dengan jahitan halus dan material tahan calar. Direka khas untuk lelaki urban, beg ini mempunyai kompartmen utama yang luas serta poket tambahan untuk penyimpanan barangan kecil.


Sprint Map Shoulder Bag - Dari RM890

 

harga bag coach lelaki

 

Model ini sesuai untuk mereka yang sering membawa dokumen atau tablet dalam beg mereka. Diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi dengan kemasan elegan, beg ini mengutamakan fungsi tanpa mengabaikan gaya.


Ethan Pack Crossbody - Dari RM680

 

harga bag coach lelaki

 

Ethan Pack Crossbody menampilkan kombinasi kulit asli dan fabrik premium untuk ketahanan maksima. Rekaan maskulin dengan tali laras memberikan fleksibiliti kepada pengguna yang mahukan keseimbangan antara gaya dan keselesaan.


Track C2716 Belt Bag - Dari RM650


harga bag coach lelaki

 

Belt bag ini direka dengan rekaan sporty dan kasual, menjadikannya pilihan popular untuk lelaki yang gemar aktiviti luar. Dengan beberapa ruang penyimpanan kecil, ia sangat sesuai untuk membawa barang penting tanpa perlu membawa beg besar.


Sullivan C9867 Pack - Dari RM670


harga bag coach lelaki

 

Sullivan Pack direka untuk mereka yang menghargai gaya santai tetapi ingin mengekalkan aura eksklusif. Dengan jahitan premium dan logo Coach yang terukir kemas, ia menjadi pilihan ramai lelaki yang mahukan keseimbangan antara fesyen dan fungsi.


Warren Belt Bag Mini - Dari RM670


harga bag coach lelaki

 

Rekaan kompak dengan ruang penyimpanan yang cukup membuatkan Warren Belt Bag Mini pilihan terbaik bagi lelaki yang gemar gaya minimalis. Diperbuat daripada material kulit asli dengan kemasan berkualiti tinggi, ia sesuai untuk gaya kasual dan formal.

Baca : 7 Jenis Bag Coach Lelaki Yang Tahan Lama (Kemaskini)

 

Beli Bag Coach Lelaki Original


Untuk mendapatkan bag Coach lelaki original, pastikan anda membeli dari sumber yang dipercayai seperti :

  • Website Fashrevo
  • Butik Fashrevo - Kota Damansara & Bandar Baru Bangi

Kesimpulannya, harga bag Coach lelaki sebenarnya agak kompetitif dan anda boleh dapatkannya pada harga yang lebih murah dengan waranti 1 bulan dengan Fashrevo. Sejak tahun 2019, Fashrevo merupakan salah satu brand utama di Malaysia yang mengimport bag Coach lelaki dari butik di USA.

Jom beli bag Coach lelaki anda hari ini dengan klik imej di bawah!

 

 

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.