Pernahkah anda melihat handbag Coach? Adakah secara fizikal di majlis formal, acara kekeluargaan atau menerusi online di media sosial? Jika ya, anda pasti tertanya-tanya sebenarnya berapakah harga handbag Coach? Adakah harganya hanya layak untuk T20 atau mampu dimiliki golongan M40?

"Tahukah anda, logo C pada Coach pertama kali diperkenalkan pada tahun 1960-an dan kembali menjadi trend fesyen pada tahun 2021 selepas Caoch mengeluarkan kembali bag tangan Caoch dengan kombinasi design klasik dan moden."
Baca : Harga Bag Coach Original di Malaysia Dari RM199 (2025)
Sejarah Handbag Coach di Malaysia
Coach adalah jenama fesyen mewah dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan produk kulit berkualiti tinggi, termasuk handbag. Sejak diperkenalkan di Malaysia, Coach telah menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai kualiti dan reka bentuk klasik.

Jenama ini memasuki pasaran Malaysia pada awal 2000-an dan sejak itu berkembang pesat dengan pembukaan butik rasmi di pusat membeli-belah utama seperti Pavilion KL dan Suria KLCC. Keunikan Coach terletak pada rekaannya yang elegan, tahan lama, serta harga yang lebih berpatutan berbanding jenama mewah lain.
Kelebihan Handbag Coach
Material Berkualiti Tinggi
Handbag Coach diperbuat daripada kulit asli berkualiti tinggi yang tahan lama dan semakin cantik dengan penggunaan.
Rekaan Klasik & Versatil
Sesuai untuk pelbagai gaya, dari kasual hingga formal.
Kemasan Premium
Setiap beg direka dengan perincian jahitan yang kemas dan kemasan logam yang tahan lama.
Kepelbagaian Saiz & Warna
Pilihan beg yang luas membolehkan pengguna memilih mengikut keperluan dan gaya peribadi.
Pelaburan Jangka Panjang
Dengan penjagaan yang baik, handbag Coach boleh digunakan bertahun-tahun tanpa mengalami kerosakan besar.
Harga Handbag Coach Original di Malaysia
1. Andrea Carryall Handbag

Andrea Carryall direka untuk wanita yang mencari gabungan keanggunan dan praktikaliti. Dibuat daripada kulit asli dengan struktur yang kukuh, beg ini mempunyai beberapa kompartmen dalaman yang memudahkan penyimpanan barangan peribadi.
Harga bagi Andrea Carryall Handbag di Malaysia adalah sekitar RM1,000 di Fashrevo.
2. Nolita 19 Handbag

Nolita 19 Handbag adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin memiliki handbag Coach bersaiz kompak. Diperbuat daripada kanvas bersalut dengan logo Coach ikonik, beg ini sesuai untuk kegunaan kasual mahupun formal.
Dengan harga sekitar RM760 di Fashrevo, ia menjadi pilihan popular di kalangan wanita muda.
3. Dempsey Tote 22 Handbag

Dempsey Tote 22 terkenal dengan rekaannya yang ringkas tetapi elegan. Menggunakan material kanvas khas Coach dengan perincian kulit asli, beg ini sesuai untuk mereka yang menggemari gaya minimalis.
Harga handbag ini di Malaysia adalah sekitar RM1,250 di Fashrevo.
4. Lillie Carryall

Lillie Carryall merupakan handbag yang direka khas untuk wanita moden yang mahukan beg dengan kapasiti besar. Diperbuat daripada kulit asli berkualiti tinggi, ia menawarkan ruang dalaman yang luas serta rekaan zip berkualiti tinggi.
Harga untuk Lillie Carryall di Malaysia adalah sekitar RM2,000 di Fashrevo.
5. Laurel Shoulder Bag

Laurel Shoulder Bag adalah beg bahu yang direka dengan gaya yang lebih kasual. Menggunakan kulit asli yang lembut, ia menawarkan keselesaan serta ketahanan yang baik.
Dengan harga sekitar RM1,230 di Fashrevo, ia adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan handbag tahan lama dengan gaya santai.
6. Morgan Shoulder Bag

Morgan Shoulder Bag menampilkan rekaan moden dengan kemasan yang lebih sofistikated. Dilengkapi dengan tali panjang boleh laras, ia membolehkan pengguna memakainya sebagai handbag atau crossbody bag.
Harga bagi handbag ini adalah sekitar RM1,400 di Fashrevo.
7. Mini Rowan File Bag

Mini Rowan File Bag adalah beg kecil yang sesuai untuk kegunaan harian. Diperbuat daripada kanvas khas Coach dengan perincian kulit, ia menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan barangan penting seperti telefon, dompet, dan kunci.
Harga untuk Mini Rowan File Bag adalah sekitar RM520 di Fashrevo.
8. Nina Small Tote Bag

Nina Small Tote Bag direka untuk wanita yang menggemari gaya ringkas tetapi tetap elegan. Material kulit asli digunakan untuk memastikan ketahanan yang tinggi, sementara rekaannya yang kompak menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana.
Harga Nina Small Tote Bag di Malaysia adalah sekitar RM900 di Fashrevo.
Baca : 8 Jenis Bag Coach Perempuan Yang Berkualiti Tinggi (2025)
Beli Handbag Coach Original
Dalam artikel ini telah jelas harga handbag Coach di Malaysia. Anda boleh dapatkan handbag Coach pada harga lebih murah jika anda beli di Fashrevo iaitu handbag Coach original 100% dari butik di USA.
Untuk mendapatkan handbag Coach original, pastikan anda membeli dari sumber yang dipercayai seperti butik rasmi Coach, laman web Coach Malaysia, atau beli di butik Fashrevo / website Fashrevo dengan diskaun sehingga 50%!